Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: " SAFE & PROTECT"
18 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2019 telah berlangsungnya “Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: " SAFE & PROTECT" disertai oleh seramai melebihi 300 orang yang terdiri pelajar sekolah iaitu pelajar-pelajar SK. Sri Suria 1, Tanah Merah, Kelantan. Program ini merupakan anjuran oleh PEMADAM Negeri Kelantan serta kerjasama bersama AADK, PDRM, BOMBA & PENYELAMAT, SKMM, dan JKM. Pelbagai acara yang diadakan sempena kempen ini berlangsung.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan kanak-kanak oleh agensi-agensi berkaitan. Pendedahan awal mampu menyelamatkan golongan ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seperti penderaan fizikal & mental, buli siber & paedofillia.
PI mengambil peluang ini untuk sama-sama menyedarkan mereka tentang risiko jenayah siber yang mungkin akan dihadapi oleh mereka & bagaimana mengatasinya. Mereka juga diberikan tip bagaimana untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah siber dengan mengamalkan amalan Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: